create your own banner at mybannermaker.com!
Free Glitter Lips Purple MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Bila Makan Tu Jadi Hobi (3) :D Red Wok Restaurant

Beberapa minggu lalu dlm bulan lepas,
Aku n Put my partner in food crime lg sekali tlh menjalankan misi penjelajahan kami ke sebuah restaurant yg makin terkenal skarang ni.
Kali ni anak tekak kami tringin nk makan Chinese Food,
makanya Put telah mengajak aku 'menyerang' sebuah restoran yg ditonton nya dp program Jalan2 Cari Makan...
targetnya adalah untuk mencuba hidangan lauk pauk yg dikatakan sangat sedap melalui host rancangan Jalan2 Cari Makan itu sendiri :)
Nama Restoran ini adalah Red Wok Restaurant, sesuai dgn namanya, hiasan dlman restoran ini pon bertemakan warna merah dan hitam...
Luas jugak restoran ni. perabot yg digunakan adalah prabot antik Cina...
Ala2 rumah baba nyonya gitu.
Bersih dan tersusun membangkitkan lagi selera makan juga membangkitkan suasana selesa sesuai untuk seisi keluarga.
Pemilik restoran ni adalah seorang Mualaf, jadi jangan risau, makanan di sini dijamin halal
Layanan kat sini pon best... pekerja2 nya tak lah sombong dan sentiasa stand by tambahan pulak masa tu takde lah ramai org sangat...



Ni penaja utama hari tu :) hehe penaja lg sorang tgh menganggur jadi dtg sbg tetamu jemputan je, dijemput makan sahaja ....heuheuehue

Ini je menu yg aku ingat nama, oh Tomyam pon meletop weyhs! pedas n berapi sedapnye.
Okey kami makan memang banyiak aritu.
Sampai aku kenyang 3 hari *haha tipu...
Sebenarnya hidangan lauk depa ni ikut saiz. brapa org makann..
Disebabkan kami ni berdua je, kami mintak la setiap lauk tu hidangan paling kecil sahaja.
Tapi kecik-kecik pon tak terabih hoi!
Banyak gila portion yg depa letak,
dah la kami order banyak jenis lauk, ayam sotong udang ikan apa la apa la..
Memang walau pon harga agak mahal tapi sebenarnye berbaloi sesuai dgn saiz hidangan tu
Cuma kalo korang nk order byk macam kami, dtglah dengan askar2 yg ramai sikit,
Order hidangan utk 2 org sebenarnye boleh dimakan oleh 4 org!
Memang bestt....

Sampai disebabkan tak mampu habiskan semua lauk, kami pon bawak bungkus balik..
Kami simpan n ratah pada malam dan keesokan harinya..
Makan macam tu pon sedap..
Memang aku tringin nk pegi lagii


Dessert yg kami try adalah yg ini,
yg warna merah tu sengkuang cina, campur dengan nangka dalam santan sejuk. Wallah memang ketagih weyh. sedappp sangat menda ni. kami order satu je n share. berebut2 lah ape lagi. Heheh sampai sekarang aku tringin nk cari mana juai sengkuang cina tu aku nk buat sendiri dessert ni kt rumah.

Hehehe pd siapa2 yg tekaknya mcm kami,
Suka masakan cina dan tringin nk rasa kepelbagaian mskn Cina yg unik,
Aku recommend dtglah ke mari...
Memang puas hati dan berbaloi2....
Oh! Selain dp makan hidang, sini jugak ada steamboat.
Lupa pulak aku nk tgk harga sekepala berapa.
Korang buleh google lah ye. Dah ramai org buat review pasal restoran ni. :)


Dan disebabkan fefeling makan chinese food kan, haruslah ada satu gambaq posing opera cina. heheheh
Okey for more info n nak tau alamat n lokasi restoran ni pergi je ke


Saturday, October 8, 2011

Bizniz dan bercuti


Sekarang ada satu benda yg buatkan aku bz. Iaitu biznez kek coklat yg aku bru launch (eceh launch~~) sejak sept lalu.
Bz bz pon aku hepi. hepi sangat bila tgk org hepi dengan hasil kek yg aku buat.
Setakat ni cust takdelah tempah stp hari. tp alhamdulillah... seronok ada membe2 n ahli kluarga yg supportive dan terus menerus memberi pandangan dan pndapat (juga ongkos! tehee)
Terima Kasih sgt2 pada mereka yg dah beri sokongan xkira lah dlm bentuk apa jua sokongan.
Semoga Allah berkati hidup kamu semua :)

Oh tringat pasal posting. Dah 4 bulan kowt aku menganggur.
Tapi alhamdulillah naseb baek mental fizikal aku masih waras.
Naseb baek aku tak mengalami depresi yg melampau. Adalah kdg2 depres. tambah2 bila tgk mcm2 rumors pasal posting ni. Dah la tu bonus, gaji semua melepas. perancangn nak p Spore ujung tahun pun dah di hujung tanduk. Sedeyyhhh sangat.....
Aku ni memang pemalas. memang suke dok umah dan jalan2... tp bila dah 4 bulan dok umah dan takdak gaji, maka semua kehendak aku terbantut.
Huhu mana taknya sabun cuci muka pon ayah yg kena support. ceyh! Mana nak beli syampoo, mekap, baju, kasut, henbeg, itu ini kehendak melampau yg laen. Waaa! Ok stop berfikir sekarang! nti penyakit depres dtg balik!

Erm tp Alhamdulillah. betoi jugak kata Put... keperluan aku semua cukup, cuma yg kehendak je tak dpt bila tak bergaji ni.... maka kena la thn nafsu dan bersabar sikit.
Dan sebab itulah aku mula buat bizniz kek tu.
Bila dipikirkan balik ada hikmah aku dilewatkan posting ni.
Sbb mmg dp dulu aku bercita2 nak start bizniz, tp disebabkan dh rasa selesa dgn pendapatan yg ada selama ni, cita2 tu jadi angan2 mak jenin je.
Tapi disebabkan kesuntukan wang dan kelapangan masa yg melampau,
dapat jugak aku mulakan bizniz ni wpon sikit2... hehe

Erm aku mmg minat bizniz. aku tau dlm Islam pun dah kata 9/10 rezeki dtgnya dp perniagaan.
Aku ni cita2 tinggi melangit. Macam2 aku tringin beli dan buat dlm hidup ni.
Aku tau ramai jugak yg hidup senang dgn bizniz.
Aku pon nak jadi mcm dorang jugak. Membe2 seusia aku ramai jugak dah start bizniz sendiri.
Ada yg dah successful dan diiktiraf media lagi. Ok Jeles!
Seronot tau bizniz ni kengkawan....
Ingat dulu my very 1st bizniz kat Penang.........

Masa tu aku bru je abes blajo, belom konvo tp nk stay kt penang.
Aku dok umah sewa ng kakak and 3 org membe.
Aku tak blik tk intan sebab aku ni bukan jenis suke dok umah hehe
So sementara tu aku dok cari2 keje kat Penang..
Isi la segala JobsDB la Jobstreet la apa la apa la
Tp rezeki aku slow siket, x byk sgt interview aku p,
Jadi aku start bizniz translate.
Golongan sasaran adalah kak2 n abg2 PJJ kat USM nun
Jadi aku pon buat iklan n tampai kat merata information board area USM.
Heheheh dan punyalah ramai mintak tulung translate.
Hp aku tak putus2 trima panggilan nak bg job sampai ta menang tgn.
Ms tu aku caj satu page after translate dlm RM2.50
Aku ni takde la keje laen, bgn2 pagi trus start wat keje translate ni...
Sampai 2 3 pagi.
Disebabkan terlampau byk, aku mintak membe2 housmate yg laen tlg buat skali.
Depa pun syiok la tulung sebab nti depa jugak dpt extra income

Heheh ape yg bestnya, selama 1 bulan setengah aku wat keje tu,
Keseluruhan yg kami dapat adalah RM800++ jugak
Aku sendiri dpt dlm Rm600++, Put dpt dlm Rm 150, Huda dapat dlm Rm60, ctot dpt dlm Rm100
Dan paling syiok sekali duit tu lah kami guna utk p melancong ke Langkawi ramai2...
Hehe almaklumlah yg laen da ade gaji bekerja..
Aku sorang je yg bergantung sepenuhnya pd bizniz translate tuu...
Ya Allah sgtlah berbaloi2, wpon penat aku seronot sgt.
Seronot dpt buat keje di rumah, sambil golek2, gelak2, lepak2 ng membe umah buat menda tu.
Selain tu dpt jumpa ramai org baru, melatih diri deal dgn mcm2 jenis prangai customer.
Tp mostly akak2 n abg2 PJJ tu mmg sporting. Best gila!
Then yg paling best, semua penat lelah kita berbayar dan mendpt pulangan yg SANGAT berbaloi. Tmbhn pulak bila diorg berpuas hati dgn servis yg diberikan.

Haa!!! Sebab tulah aku suka sgt buat bisnis sendiri. Aku ada cita2 besar aku sendiri.
Aku jadi cikgu ni pun bukan shj sebab minat, tp aku dah ada plan aku sendiri...
Korang2 tolong la doakan aku berjaya ok?
Sama juga aku akan doakan korang juga berjaya dlm apa jua yg korang lakukan dan impikan :)
Yang paling penting, if kawan buat bizniz, jgn lupa support sbb mana korang tau isok korang dah ada bizniz sendiri depa pulak akan tlg support

Tengoklah betapa gumbiranya kami di Langkawi. ermmm sgt2 berharap dpt bercuti dgn depa lagi. besttt sgt.
Nanti bila ada ms aku stori pasai percutian kami ni ye? hehe thn 2008 ni. mudakan aku? hakhakhak









Okeyh! aku ada assignment org nk kne buat! hehe rejeki... byep!

Sunday, January 30, 2011

Bila Makan Tu Jadi Hobi (1) :D


Pagi2 sabtu ni bosan takde citer ape, join la mak n ayah tgk TV1... umah aku kt Tk Intan ni takde Astro. Ayah kata takde sapa kt umah. Depa jarang tgk tv pun so no point pasang astro (T.T). hehe depa layan cite Ala Bufet. Wah program makan2 cmni mmg slalu saja berjaya menarik perhatian aku wpun dp tadi sbnrnya aku tgh online. Tehee.... kalo ada Astro lagi best leh layan AFC. Hurm Ala Bufet pon Ala Bufet lah.

Bile tgk program makan2 ni mulalah aku rindu. Rindu nk having my own food hunting program again. Dulu masa dok Penang mmg pantang ada masa senggang, duit lbh sikit. Ahhh mulalah food hunting ng my partner in this so-called crime aka my best friend, Put. Ye lah, crimelah namanya ‘memusnahkan’ dan ‘melenyapkan’ makanan2 yg ada kat atas muka bumi ni. Hehe J

Kali ni aku nk share dgn krg gambar aku dlm food hunting ni. Dlm entri kali ni aku nk share ng krg salah satu tmpt makan PALING faveret kami, The Swensen's.... enjoy!


my every time favourite~ baked salmon... im a big fan of salmon and The Swensens Baked Salmon is my no 1 favourite :)
The Swensen's desserts are promising at any time~these are our sticky chewy chocolate and coit tower. nyum nyum

Enjoying the sticky chewy chocolate :)

Ni name ape aku tak ingat. hehe...tp ok la as a light snack

yg ni pulak salmon and mushroom baked rice. for me so so only :P

Baked beef salad rasanya..... tak brape ingt name tp best

yg ni menu kami masa saja2 boring tatau wat apa on weekends, so lepak swensens. mkn ini 2 org pon konyang... ok lah kan?

yg ni memang MELETOP. Since the first time we tried this, this became our all time favourite dessert at Swensen's... sizzling pan (walnut pie)

*The Swensen's got 4 types of sizzling pan - apple crumble, banana crumble, walnut pie and white chocolate blondie. From the reviews that i hv read, most of the bloggers love the apple crumble but i never tried it. And i'm looking forward to try it soon ^.^

~ Sangat2 carving 4 The Swensen's right now... ermmm ape kate tunggu elaun dulu? hehehe tp mkn2 kat The Swensen's mmg best. Pilihan makann nye SANGAT banyak. So, go and try it urself!

Monday, June 14, 2010

cuti2 Malaysi review: Melaka 1

Cuti Wesak lepas 28,29 dan 30 Mei 2010, aku satu family and family makco cuti-cuti Malaysia ke Melaka. Saja nak cuti ramai2, spend masa sama2 sebab dah beberapa tahun kami 2 family tak berjalan cuti mcm ni. huu, kami pergi 2 kereta, dulu ada van vannete tu buleh la berhimpit masuk cm ikan sardin satu van, tapi syioookkkk sgt ms tu wpun terpaksa berhimpit, tapi ayah dah jual Van tu, so terpaksa la berkonvoi 2 keta :)

~Bagaikan rodaa~~ huhuhu

Hangkot, dok 2 mlm cm nak dok sebulan.. :P

Aku n Kak Yong balik dp penang terus turun Ipoh, then ari Jumaat pagi tu kami naek keta kyong dgn ayah co, mak co n gee bertolak n berjumpa dgn mak and ayah di perhentian Ulu Bernam. lepas tu kami cabut ke K.L utk amek Idah di sana then teruskan perjalanan kami ke Melaka. Huehue, excited tul berjalan ramai2 ni wpon mcm2 kerenah. Sepupu aku Gee demam, sepanjang percutian ni dia demam, so tak dpt nk enjoy lansgsung, byk aktiviti pon tak dapat nk join.

Masa dekat perhentian Ulu Bernam tu Ayah Co terperasan cover penutup minyak keta kyong tercabut.. hahaha, melopong jela taktau cicir di mana. memula ingat nak abaikan tp disebabkan kerisauan ayah n kyong takut org masukkan pasir la curi minyak la, kami pun cuba la cari mekanik area K.L dekat ngan umah sewa Idah. Tapi disebabkan cover tu takde stok, kitorg terpaksa teruskan perjalanan...keta kyong dgn kaver minyak tercabot



Kami sampai di Melaka lebih kurang pukul 2.30 petang tapi masuk2 je ke exit Ayer Keroh, kat area Jalan Ayer Keroh menuju ke bandar Melaka jammed. memang mengikut Put (yang mmg duduk di kolej guru Melaka) Melaka memang jammed teruk. mengesot la jugak, dah la aku yang menggagau bagi arahan route tanpa sebarang peta atau GPS. aku ikut route yg diberi oleh google maps semata2... dekat 1 jam jugak kami tersangkut dlm jammed. dah la memg ramai org masuk Melaka, tup2 sebok pulak Majlis Bandaran Melaka nak sembur air siram pokok2 yang tertanam cantek sepanjang jalan kat situ. hampeh, cuba la wat waktu lain dah tau banyak keta masuk, jalan pulak kecik, wat la waktu laen... tension jee...

Kami sampai Apartmen pun dah lewat dlm pukul 3.30... csr Apartmen tu siap kol tanya aku di mana dan aku kate lambat sikit sebab jammed. terlepas dari jammed, aku terus ikut route yg aku amek dp internet n tangkap gambarnye masuk hp. daripada situ berjaya jugak kami masuk ke Jalan Merdeka. dah sampai kat situ, aku da nampak signboard Garden City Service Apartment.. tapi apartmen die buruk ya amat. cat dah lekang, style apartment lame tak berjaga ni, mcm apartment tinggal pon ada. aku dah tak sedap ati. yela, aku ingat bawak diorang ramai2 nak la bagi dok tempat selesa sket.. ni aku tgk bangunannya pon tak selera... muka aku dah pucat. mak pun dah laen mcm je bila aku tunjuk aparment buruk n usang tu...

kami terlepas jalan dan sebab aku takut nak mengaku tu apartmentnya, aku pon suruh Idah yg driving p terus n lajak sikit... ahahhaha... then aku kol la receptionist, dia kata, betul la apartment yg tu, receptionist pejabatnya kat tepi yg pintu kaca tu. lagi la aku pucat, "ape bughuk benor...kesian kat depa" bisik hati aku. sebab pasal accomodation, aku yg handle, aku dah survey kat internet, Apartment ni tersenarai dlm ranking no 2 kat www.tripadvisor.com. Ramai tourist kate Apartment ni selesa la, sesuai utk family la, memang suggestion yg aku bace +ve belaka. then aku dah siap2 bank in kan deposit rm100. kalau aku nk ubah fikiran n tukar tempat, memang burn n membazir la rm100 aku tu :(

Untuk menyedapkan hati, kitorg pusing balik masuk Jalan Merdeka. masalahnye Melaka ni memang la semuanya jalan sehala kat bandar dia ni, so, kalau pusing tu bukannya 1 atau 2 km pusing. pusing la satu pekan melaka all over again. dah la jalan kecik, jammed lagi, no choice kena la ikut arus traffic tu :( Lastly bila kami pusing balik, aku tgk ada lagi 3 bangunan yg cantek, dicat baru n berjenis skit kat belah belakang tu.... baru la aku girang semula... aku siap kata kat mak, "yang ni kut mak, conform yg ni apartment kita"... hahahha mak pun siap cakap "tu mak ingat tadi, ape kak ngah nak bagi kami tido apartment buruk ni" hehehhe... rupa2nya mak pon risau.... aku pon masuk n daftar check in kat kaunter receptionist.

happy gila aku tgk aparment cantek. patot pon dlm maps pon kate ade 2 building. maybe satu utk permenant residents. satu utk tourist... lega gilaaa.... aku book satu unit apartment 2 bilik. rate utk kerajaan rm260.00 shj. kalau nk tgk full rate bleh tgk website dia www.gardencity.com.my ...

okey lah korang bleh tgk gamba die sendiri n nilai besarnya unit apartmen ni dgn harga yg berbaloi2.... kami 2 family mmg selesa.. tapi kena la bawak narita n toto extra... aku nk book unit 3 bilik mmg da fully booked waktu tu. bayangkanlah, 2 minggu sebelum tarikh aku kol, banyak apartment n hotel dah fully booked waktu tu... Melaka memang ramai org datang.


Ruang tamu yang luas, kami bentang toto n narita tido bergelimpangan kat sini


Dapur complete dgn basic utensils, peti ais, cawan, heater, sudu dll

Main room, 1 queen size bed, kat sini pon leh bentang tilam utk 2-3 org tido kt bwh

bilik ke dua, 2 single bed


Parking n security memang not a problem kat sini.. parking lot mmg banyak, n setiap registration dpt satu swap card, so bleh share2 kalo bwk lebih dp satu kereta. security pon tip top sebab utk guna lif, kena scan swap card tu dulu...so strangers takkan dpt naek

pool view dp apartment kami... suke sgt sebab dpt skodeng org mandi...sambil menahan2 gian nk terjun kolam :)