create your own banner at mybannermaker.com!
Free Glitter Lips Purple MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com

Saturday, October 8, 2011

Bizniz dan bercuti


Sekarang ada satu benda yg buatkan aku bz. Iaitu biznez kek coklat yg aku bru launch (eceh launch~~) sejak sept lalu.
Bz bz pon aku hepi. hepi sangat bila tgk org hepi dengan hasil kek yg aku buat.
Setakat ni cust takdelah tempah stp hari. tp alhamdulillah... seronok ada membe2 n ahli kluarga yg supportive dan terus menerus memberi pandangan dan pndapat (juga ongkos! tehee)
Terima Kasih sgt2 pada mereka yg dah beri sokongan xkira lah dlm bentuk apa jua sokongan.
Semoga Allah berkati hidup kamu semua :)

Oh tringat pasal posting. Dah 4 bulan kowt aku menganggur.
Tapi alhamdulillah naseb baek mental fizikal aku masih waras.
Naseb baek aku tak mengalami depresi yg melampau. Adalah kdg2 depres. tambah2 bila tgk mcm2 rumors pasal posting ni. Dah la tu bonus, gaji semua melepas. perancangn nak p Spore ujung tahun pun dah di hujung tanduk. Sedeyyhhh sangat.....
Aku ni memang pemalas. memang suke dok umah dan jalan2... tp bila dah 4 bulan dok umah dan takdak gaji, maka semua kehendak aku terbantut.
Huhu mana taknya sabun cuci muka pon ayah yg kena support. ceyh! Mana nak beli syampoo, mekap, baju, kasut, henbeg, itu ini kehendak melampau yg laen. Waaa! Ok stop berfikir sekarang! nti penyakit depres dtg balik!

Erm tp Alhamdulillah. betoi jugak kata Put... keperluan aku semua cukup, cuma yg kehendak je tak dpt bila tak bergaji ni.... maka kena la thn nafsu dan bersabar sikit.
Dan sebab itulah aku mula buat bizniz kek tu.
Bila dipikirkan balik ada hikmah aku dilewatkan posting ni.
Sbb mmg dp dulu aku bercita2 nak start bizniz, tp disebabkan dh rasa selesa dgn pendapatan yg ada selama ni, cita2 tu jadi angan2 mak jenin je.
Tapi disebabkan kesuntukan wang dan kelapangan masa yg melampau,
dapat jugak aku mulakan bizniz ni wpon sikit2... hehe

Erm aku mmg minat bizniz. aku tau dlm Islam pun dah kata 9/10 rezeki dtgnya dp perniagaan.
Aku ni cita2 tinggi melangit. Macam2 aku tringin beli dan buat dlm hidup ni.
Aku tau ramai jugak yg hidup senang dgn bizniz.
Aku pon nak jadi mcm dorang jugak. Membe2 seusia aku ramai jugak dah start bizniz sendiri.
Ada yg dah successful dan diiktiraf media lagi. Ok Jeles!
Seronot tau bizniz ni kengkawan....
Ingat dulu my very 1st bizniz kat Penang.........

Masa tu aku bru je abes blajo, belom konvo tp nk stay kt penang.
Aku dok umah sewa ng kakak and 3 org membe.
Aku tak blik tk intan sebab aku ni bukan jenis suke dok umah hehe
So sementara tu aku dok cari2 keje kat Penang..
Isi la segala JobsDB la Jobstreet la apa la apa la
Tp rezeki aku slow siket, x byk sgt interview aku p,
Jadi aku start bizniz translate.
Golongan sasaran adalah kak2 n abg2 PJJ kat USM nun
Jadi aku pon buat iklan n tampai kat merata information board area USM.
Heheheh dan punyalah ramai mintak tulung translate.
Hp aku tak putus2 trima panggilan nak bg job sampai ta menang tgn.
Ms tu aku caj satu page after translate dlm RM2.50
Aku ni takde la keje laen, bgn2 pagi trus start wat keje translate ni...
Sampai 2 3 pagi.
Disebabkan terlampau byk, aku mintak membe2 housmate yg laen tlg buat skali.
Depa pun syiok la tulung sebab nti depa jugak dpt extra income

Heheh ape yg bestnya, selama 1 bulan setengah aku wat keje tu,
Keseluruhan yg kami dapat adalah RM800++ jugak
Aku sendiri dpt dlm Rm600++, Put dpt dlm Rm 150, Huda dapat dlm Rm60, ctot dpt dlm Rm100
Dan paling syiok sekali duit tu lah kami guna utk p melancong ke Langkawi ramai2...
Hehe almaklumlah yg laen da ade gaji bekerja..
Aku sorang je yg bergantung sepenuhnya pd bizniz translate tuu...
Ya Allah sgtlah berbaloi2, wpon penat aku seronot sgt.
Seronot dpt buat keje di rumah, sambil golek2, gelak2, lepak2 ng membe umah buat menda tu.
Selain tu dpt jumpa ramai org baru, melatih diri deal dgn mcm2 jenis prangai customer.
Tp mostly akak2 n abg2 PJJ tu mmg sporting. Best gila!
Then yg paling best, semua penat lelah kita berbayar dan mendpt pulangan yg SANGAT berbaloi. Tmbhn pulak bila diorg berpuas hati dgn servis yg diberikan.

Haa!!! Sebab tulah aku suka sgt buat bisnis sendiri. Aku ada cita2 besar aku sendiri.
Aku jadi cikgu ni pun bukan shj sebab minat, tp aku dah ada plan aku sendiri...
Korang2 tolong la doakan aku berjaya ok?
Sama juga aku akan doakan korang juga berjaya dlm apa jua yg korang lakukan dan impikan :)
Yang paling penting, if kawan buat bizniz, jgn lupa support sbb mana korang tau isok korang dah ada bizniz sendiri depa pulak akan tlg support

Tengoklah betapa gumbiranya kami di Langkawi. ermmm sgt2 berharap dpt bercuti dgn depa lagi. besttt sgt.
Nanti bila ada ms aku stori pasai percutian kami ni ye? hehe thn 2008 ni. mudakan aku? hakhakhak









Okeyh! aku ada assignment org nk kne buat! hehe rejeki... byep!

4 comments:

Puan Anna said...

wahhh....maju dah skrg...best2...

miss E said...

heheh alhamdulillah... ade la rezeki sket2. kak wana punye bizniz keychain felt2 tu cmane?

ChocStrawberries said...

gud luck dear.. follow u..

miss E said...

TQ chocStrawberries :)