create your own banner at mybannermaker.com!
Free Glitter Lips Purple MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com

Monday, June 14, 2010

cuti2 Malaysi review: Melaka 1

Cuti Wesak lepas 28,29 dan 30 Mei 2010, aku satu family and family makco cuti-cuti Malaysia ke Melaka. Saja nak cuti ramai2, spend masa sama2 sebab dah beberapa tahun kami 2 family tak berjalan cuti mcm ni. huu, kami pergi 2 kereta, dulu ada van vannete tu buleh la berhimpit masuk cm ikan sardin satu van, tapi syioookkkk sgt ms tu wpun terpaksa berhimpit, tapi ayah dah jual Van tu, so terpaksa la berkonvoi 2 keta :)

~Bagaikan rodaa~~ huhuhu

Hangkot, dok 2 mlm cm nak dok sebulan.. :P

Aku n Kak Yong balik dp penang terus turun Ipoh, then ari Jumaat pagi tu kami naek keta kyong dgn ayah co, mak co n gee bertolak n berjumpa dgn mak and ayah di perhentian Ulu Bernam. lepas tu kami cabut ke K.L utk amek Idah di sana then teruskan perjalanan kami ke Melaka. Huehue, excited tul berjalan ramai2 ni wpon mcm2 kerenah. Sepupu aku Gee demam, sepanjang percutian ni dia demam, so tak dpt nk enjoy lansgsung, byk aktiviti pon tak dapat nk join.

Masa dekat perhentian Ulu Bernam tu Ayah Co terperasan cover penutup minyak keta kyong tercabut.. hahaha, melopong jela taktau cicir di mana. memula ingat nak abaikan tp disebabkan kerisauan ayah n kyong takut org masukkan pasir la curi minyak la, kami pun cuba la cari mekanik area K.L dekat ngan umah sewa Idah. Tapi disebabkan cover tu takde stok, kitorg terpaksa teruskan perjalanan...keta kyong dgn kaver minyak tercabot



Kami sampai di Melaka lebih kurang pukul 2.30 petang tapi masuk2 je ke exit Ayer Keroh, kat area Jalan Ayer Keroh menuju ke bandar Melaka jammed. memang mengikut Put (yang mmg duduk di kolej guru Melaka) Melaka memang jammed teruk. mengesot la jugak, dah la aku yang menggagau bagi arahan route tanpa sebarang peta atau GPS. aku ikut route yg diberi oleh google maps semata2... dekat 1 jam jugak kami tersangkut dlm jammed. dah la memg ramai org masuk Melaka, tup2 sebok pulak Majlis Bandaran Melaka nak sembur air siram pokok2 yang tertanam cantek sepanjang jalan kat situ. hampeh, cuba la wat waktu lain dah tau banyak keta masuk, jalan pulak kecik, wat la waktu laen... tension jee...

Kami sampai Apartmen pun dah lewat dlm pukul 3.30... csr Apartmen tu siap kol tanya aku di mana dan aku kate lambat sikit sebab jammed. terlepas dari jammed, aku terus ikut route yg aku amek dp internet n tangkap gambarnye masuk hp. daripada situ berjaya jugak kami masuk ke Jalan Merdeka. dah sampai kat situ, aku da nampak signboard Garden City Service Apartment.. tapi apartmen die buruk ya amat. cat dah lekang, style apartment lame tak berjaga ni, mcm apartment tinggal pon ada. aku dah tak sedap ati. yela, aku ingat bawak diorang ramai2 nak la bagi dok tempat selesa sket.. ni aku tgk bangunannya pon tak selera... muka aku dah pucat. mak pun dah laen mcm je bila aku tunjuk aparment buruk n usang tu...

kami terlepas jalan dan sebab aku takut nak mengaku tu apartmentnya, aku pon suruh Idah yg driving p terus n lajak sikit... ahahhaha... then aku kol la receptionist, dia kata, betul la apartment yg tu, receptionist pejabatnya kat tepi yg pintu kaca tu. lagi la aku pucat, "ape bughuk benor...kesian kat depa" bisik hati aku. sebab pasal accomodation, aku yg handle, aku dah survey kat internet, Apartment ni tersenarai dlm ranking no 2 kat www.tripadvisor.com. Ramai tourist kate Apartment ni selesa la, sesuai utk family la, memang suggestion yg aku bace +ve belaka. then aku dah siap2 bank in kan deposit rm100. kalau aku nk ubah fikiran n tukar tempat, memang burn n membazir la rm100 aku tu :(

Untuk menyedapkan hati, kitorg pusing balik masuk Jalan Merdeka. masalahnye Melaka ni memang la semuanya jalan sehala kat bandar dia ni, so, kalau pusing tu bukannya 1 atau 2 km pusing. pusing la satu pekan melaka all over again. dah la jalan kecik, jammed lagi, no choice kena la ikut arus traffic tu :( Lastly bila kami pusing balik, aku tgk ada lagi 3 bangunan yg cantek, dicat baru n berjenis skit kat belah belakang tu.... baru la aku girang semula... aku siap kata kat mak, "yang ni kut mak, conform yg ni apartment kita"... hahahha mak pun siap cakap "tu mak ingat tadi, ape kak ngah nak bagi kami tido apartment buruk ni" hehehhe... rupa2nya mak pon risau.... aku pon masuk n daftar check in kat kaunter receptionist.

happy gila aku tgk aparment cantek. patot pon dlm maps pon kate ade 2 building. maybe satu utk permenant residents. satu utk tourist... lega gilaaa.... aku book satu unit apartment 2 bilik. rate utk kerajaan rm260.00 shj. kalau nk tgk full rate bleh tgk website dia www.gardencity.com.my ...

okey lah korang bleh tgk gamba die sendiri n nilai besarnya unit apartmen ni dgn harga yg berbaloi2.... kami 2 family mmg selesa.. tapi kena la bawak narita n toto extra... aku nk book unit 3 bilik mmg da fully booked waktu tu. bayangkanlah, 2 minggu sebelum tarikh aku kol, banyak apartment n hotel dah fully booked waktu tu... Melaka memang ramai org datang.


Ruang tamu yang luas, kami bentang toto n narita tido bergelimpangan kat sini


Dapur complete dgn basic utensils, peti ais, cawan, heater, sudu dll

Main room, 1 queen size bed, kat sini pon leh bentang tilam utk 2-3 org tido kt bwh

bilik ke dua, 2 single bed


Parking n security memang not a problem kat sini.. parking lot mmg banyak, n setiap registration dpt satu swap card, so bleh share2 kalo bwk lebih dp satu kereta. security pon tip top sebab utk guna lif, kena scan swap card tu dulu...so strangers takkan dpt naek

pool view dp apartment kami... suke sgt sebab dpt skodeng org mandi...sambil menahan2 gian nk terjun kolam :)

Sunday, May 16, 2010

mee rebus mastan Ghani

Hari-hari Ahad yg bosan takde aktiviti mcm ni memang seswai buat entri baru utk belog. mula la mereka-reka nak cerita pasal ape, edit2 gamba walaupon byk buku lagi belum siap semak, kertas ujian belum siap edit... maksudnya bukan takde aktiviti, berlambak keje sebenarnye cume saje buat2 mcm takde koje.... tu la die :P

okey lah, tringat perkara ini lame nak cerita dah, tp dok layan sgt perasaan malas sekarang baru dpt buat. back to my hometown tk intan, ade la satu kedai mkn yg da wujud sejak aku sekolah rendah lagi... rasenya sebelum aku wujud pon dah ade. lame dah kedai mkn ni... ingat dulu2, ayah slalu bawak makan sini lepas shopping barang2 bulan di kedai Ah Kaw. sometimes tensen ng ayah, kenapa asyik2 kedai mkn ni? ape kelas? kenapa tak bwk mkn KFC (KFC la yg paling kelesss kat tk intan waktu tu, :) ) tapi bila dah besar ni, dah jarang2 blik tk intan, bru kau tahu tringat2 mee rebus kedai ni yg femes n sedappp..... okey, name kedai ni Mastan Ghani, specialist in Mee Rebus dan Rojak... cuba tanya org tk intan, mesti ramai yg tau kedai ni. byk branch kat tk intan tp aku paling suka mkn kt kedai die yg paling tua yg terletak dekat je dgn menara condong... memang tua n old school lah.

okey mknn die tak byk, branch yg lagi satu ade la jugak juai nasi ayam ke hape, but skang aku nak citer kedai die yg main branch ni... kat sini ade juai mee rebus n rojak sahaja. 1 hidangan rm3.50... aku slalu dtg sini sure mintak mee rebus dan ABC die yg malatop. ABC satu rm2 sahaja tak silap aku... kalo adik aku pulak die sangat suka sirap cincau Mastan Ghani ni....

inilah mee rebus die ~ kuah die sangat sedap, penuh rasa udang and portion pun memuaskan



ABC dengan presentation yg sgt sempoi; stuffed with all the cendol, kacang and entirely covered by the syrup...


ok la, ini adalah gambar2 mase kitorang 3 beradik bawak sepupu aku Qila (org K.L) jalan2 area tk intan dan mkn kat Mastan Ghani. huhuhu, kalau dtg Tk Intan jgn lupa try mee rebus Mastan Ghani ok.....murah and sedap, tak rugi ok....


us ~ perut kenyang suka hati...lallalaaa



kami share2 ini semua 4 org okey... itupon kenyang sudah :)




tgk betapa besarnya ABC itu ~ sebesar mukaku sendiri :P

Thursday, March 18, 2010

program makan2 lagiiiii :D

last 13th March aku turun K.L again...huhu agak kerap juga aku turun K.L this 2 months... kali ini, aku naik bus turun ke k.l then jumpa Put di sana sebab kami ade road trip ke Melaka pada keesokan harinya....

actually aku naek bus ptg, so alang2, kami check in hotel n amek pluang utk prog fine dining di K.L. kali ini kami memilih satu tempat yg sempoi di Pavilion iaitu Madam Kwan's Restaurant. Ini cadangan Put, aku agak risau dgn price yg mungkin mahal, tp at the same time teringin sgt nak cuba, jadi aku turutkan shj ... :))




kami tiba di pavilion pun dah pukul 10.00 p.m, malam sabtu k.l memang jam...bergerak pon sejengkal demi sejengkal. ya la mlm sabtu ape lg, org kua clubbing segala..huhu, jdnye sesak...nasib baik kami dpt parking, jln laju2 tgk2 madam kwan's ta ttp lg, wpun kedai mkn laen sume da ttp, bile ditanye rupanya depa ttp pukoi 11 pm, tak sia2 kami bergegas2..

melalui menu,mmg restoran ni byk pilihan mknn.... dp western, malay food n chinese food,serba lengkap..tp menu focus mrk adalah local cuisines and tarikan utama mereka adalah nasi lemak. minuman n dessert juga buleh tahan..harga juga agak mengejutkan! huhu, mengejutkan dr erti kate lain, affordable kalau nak dibandingkan dgn service, environment n branding madam kwan's itu sendiri..

okeylah, aku pun tanak membebel byk.... hayati shj snapshots2 kami di sana :))) ENJOY!!!


THE MAIN COURSE

mine; N.Z Lamb Chop (rm23 ++)

put's; nasi bojari (rm 21 ++)

THE DESSERTS AND DRINKS

yg ini aku plg suke ~~sago gula melaka (rm 5.80)


enjoying my chendol (rm 5.80) ~~ haha, muka cm ta enjoy je...
ekspresi semulajadi, bak kate put n idah, kngah muka kelisa..ampeh !!

put surrounding by the desserts n drinks, longan n ice lemon tea
(rm6.90 each)

p/s: secara keseluruhannya, madam kwan's mmg best, tempat selesa,sempoi, pilihan mknn byk n sedap.harga pun okey, kalau sekali-sekala nak lepak ng family, kwn2 n org tersyg.... pilih la tempat yg berbaloi mcm ni... cuma satu,dok k.l mmg tak dpt lari dp jln jammed n parking yg mahal... pavi ni sekali masuk on weekends
rm 8... dah la kami dok satu jam je...huhuhu...membazir di situ ;(