create your own banner at mybannermaker.com!
Free Glitter Lips Purple MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com

Thursday, July 21, 2011

Nota tentang hidup


Kadangkala aku rasa takut mendepani masa depan
Takut masa depan tidak serupa yg aku impikan
Toleh ke belakang juga aku resah
Seakan mahu berhenti disini melepas lelah
Begitu jua aku akur,
Aku perlu lebih bersyukur
Kerana Allah belum meletakkan nokhtah
Kenikmatan hidup masih belum habis diratah
Ternyata aku masih mentah

Perjalanan hidupku masih jauh
Namun terkadang timbul rasa bimbang
Bimbang hidup ini tak seindah yang dirancang
Bimbang hidup ini lari daripada arus biasa
Arus biasa seperti teman-teman lain
Yang aku kira perhitungan hidup mereka terlalu mudah
Mungkin tidak terdetik rasa gundah
Seperti diriku yang sentiasa gelisah

Ya!
Hidupku banyak celanya
Tidak sama seperti mereka
Namun kekuatanku hanya satu
Keyakinan dan rasa percaya
Pada ketentuan yang Maha Esa
Sungguhpun ujian yang melanda maha dahsyat
Terkadang bisa membuatkan aku sesat
Tika datangnya ujian Allah
Keyakinan dan percayaku mula goyah
Ku kumpul setiap kekuatan
Diiringi doa dan harapan

Ya Allah
Kau tahu aku lemah
Kau tahu aku mudah goyah
Namun satu yang aku pinta
Jangan kau ambil keyakinan dan percaya
Yang menjadi perisai hidupku di dunia yang fana
Aku tahu hidup ini tidak kekal
Aku tahu hidup ini penuh liku
Dan aku juga tahu perjalanan hidupku terlalu berbeza
Yang terkadang aku sendiri sukar untuk menduga
Alhamdulillah, Terima Kasih untuk segalanya
Kerana kini aku masih lagi yakin dan percaya
Dengan rahmat yang engkau berikan
Akan ada cahaya di hujung jalan....




No comments: