create your own banner at mybannermaker.com!
Free Glitter Lips Purple MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, December 31, 2010

2010 : tak ong atau ong?


Hari ini merupakan hari terakhir bg thn 2010. Bg aku thn 2010 memberikn byk impak dan perubahan besar dlm hidup aku. Mcm2 perkara terjadi dlm hidup aku dlm thn ini.

Dan sempena entri terakhir untuk thn ini (ecece mcm la byk sgt entri kan, haha)... aku akan senaraikan beberapa perkara/peristiwa yg tlh mmberi kesan mendalam dlm ht n sanubari aku ini. Ada bagusnya kita mengenang perkara2 yg lalu, supaya kita tidak lupa bagaimana kt boleh terus gagah berdiri pada hari ini...

1. Awal thn dh give up.

Permulaan thn 2010 tidaklah begitu indah bg dr aku. Smpai aku pernah give up, aku rasa 2010 sgt tak ong dan tak menyebelahi aku. Selama satu bulan setengah aku jobless. Aku hanya duduk rumah, bgn pagi2 bukak internet mencari dan memohon kerja merata. Aku tak di offer utk smbung kontrak GSTT (guru sandaran tak terlatih). Aku duduk rumah dan rasa diri sgt tak berjasa pd masyarakat... yg plg pedih sbb takde job = takde gaji.... sgt sedih okey takde kerja. Mcm mana ade org yg suke goyang kaki dok umah tak wat kerja? Rasa mcm ntah..nk explain pun susah. Tp mmg rasa tak cool lgsg...

2. Perpishn setelah 7 thn.

Dahlah sedih takde kerja, tup2 bulan februari my BFF aka my roomate for 7 years since USM lagi iaitu Puteri, yg mmg rapat gile2 ng aku. Ke mana2 p bersama, shopping, makan, travel. Menangis ketawa bersama. Share problem sama2. Okey semua sama2 bekerjasama, dpt plak offer masuk KPLI. Ble die dpt offer tu aku mmg lah happy for her. Tp maksudnya, kami kena la berpisah. Sedih okey hilang BFF yg sgt kamceng dgn kita. Actually she is more than everything, she knows everything about me n she always be there during my ups n downs... aku nangis gile2 bila nk pisah ng die. Ada dua sebab aku nangis...

a) Sebab nk pisah dok jauh ng die, sapa nk teman p shopping, karoke, wayang, dgr aku merapu segala.

b) Sebab aku pun apply KPLI sm ng die tp MTest pun tak lepas, skarg ni, jobless pulak lg tu, then sgtlah rasa at the end of the world okey... huuu


atas: semasa pertama kali melawat my Bff di Melaka
bwh: semasa ktrg kluar celebrate kejayaan puteri dpt KPLI

3. A perfect family trip.

Hehe yg ni pengalaman plg best skali. Bercuti beramai2 dgn the whole family aku n family makco except Sani tak dtp ikut. Pasal trip ni aku dh stori dlm entri ini ... so cekidaud utk maklumat lanjut. Sangat2 best dan aku bercadang utk plan trip yg lbh sempoi pd ms akan dtg.... insyaAllah...

4. Doa termakbul

Akhirnya stlh berusaha 2 kali p ujian Mtest, Alhamdulillah akhirnya aku pun dipanggil utk interview. Setrusnya aku diterima mengikuti kursus KPLI di IPG Ipoh bermula pd 23 Jun 2010. Alhamdulillah.... sekarg aku masih lg half way thru utk jd cikgu tetap, English Teacher la nti. insyaAllah...hihi. Paling best dh dpt KPLI ni, aku tak pyh tunggu2 kontrak n risau lg ttg masa dpn aku, aku ada kerja tetap la lps ni. Banyak sgt pengalaman baru yg sgt best yg aku dpt kt sini. Selain itu aku dpt kenal ramai sgt amazing future teachers aka my good friends dekat IPG ni. Membe2 baru aku kt sini sgt happening n gile2, tak sangka aku akan jumpa membe yg satu kepala dgn aku... guys, u all rocks. Luv u all....



membe2 KPLI 3. u oll mmg BEST

5. Hilangnya org tersayang.

27 okt 2010. Opah Cu menghembuskan nfs yg terakhir. Setelah hampir 2 bln Opah cu terbaring menahan sakit tua yg dialaminya, akhirnya dia pergi menghadap Ilahi. Pemergian Opah Cu memberi kesan yg sgt mendlm di hati kami. Opah Cu merupakan pengikat perhubungan antara kami sepupu2 dgn emak dan bapa saudara yg lain. Kalau Opah Cu takde, tak tau la samada fmly kami dpt berkumpul lg mcm dulu atau tak terutamanya ms hari raya.... (T_T) and I really2 miss her rite now...


atas: cucu2 opah, raya 2009
bawah: arwah opah yg sgt sporting n cool. opah kekal dlm ingatan :)


~ Btw, thanx for the great year of 2010. Nampaknya aku dh slh sangka ingt thn 2010 thn tak ong, pdhal thn 2010 adlh thn yg akan aku ingati smpai bile2 sebab semua perkara yg berlaku tlh merubah byk hal dlm kehidupan aku sendiri. Dan tanggapan aku bhw 2010 thn choy adalah SALAH sama sekali. Sebaliknya 2010 adalah tahun ONG bg aku.... :D Satu perkataan shj yg ingin aku sebut sekarang.... Alhamdulillah...............~

Thursday, December 30, 2010

miss him badly


mlm semalam sgt sunyi,
mlm semalam sgt sepi,
aku di sini masih menanti,
menanti dia yg terlalu dirindui,
namun kepulangannya tidaklah pasti....


huhuhu aku start entri ni dgn sajak merapu aku kat atas. taktaulah tersampai tak perasaan sedih aku yg amat sgt ini kpd korang dp sajak tersebut. sebab rasa sedih aku kali ini menikam2 hati. pedih, perit... smpai aku mengalirkan air mata dengan sgt lebat skali. aku pon tak sangka aku boleh jd begitu sedih mlm semalam. mengenangkan 'kekasih hati' yg dah seminggu hilang. Abg Janggut, manakah perginya Abg Janggut kesaygnku? sihatkah? sakitkah? apa2pun semoga Allah melindunginya dp sebarang bahaya. kerana kami semua merindui Abg Janggut...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

inilah Abg Janggut. macho tak? hihi


okey2 fine! aku takde pakwe yg ilang, aku ade kucen je yg ilang, itupon sedih gile buleh merana rasa tau sebab Abg Janggut bukan sebarang kucen.. its a part of my family... huk huk nak nanes! (T_T) die sekor kucen yg bijak... die la teman aku masa aku kesunyian. n kalau aku rasa depressed, aku akan bwk Abg Janggut dok dekat aku n usap badan die sampai tekanan aku ilang. die berkongsi byk perkara suka-duka dgn aku. kalau aku ckp dgn dia mmg die paham sebab die bijak. jiran sebelah aku, pakcik Din pun syg Janggut. slalu bg Janggut makan. ni Janggut dah seminggu ilang pun pakcik Din la yg melilau satu taman tlg cari, naek masuk atap umah tlg tgk kot2 ade die kt atas tu. pakcik Din jugakla yg ajar aku cara tgk kucen bijak. die kata

" kalau kucen ada tanda tompok2 kat lelangit die, maknanya kucen tu bijak. "

hehe Janggut mmg bijak n penyayang.... Janggut ni pendiam gile. die mmg ta pernah mengiaw dgn sapa2. aku dok mengiaw mcm nk gile pon die ta balas balik. kalo lapo pon, die merunsing jalan depan blakang je, tp tak berbunyi langsung. ade skali tu aku kata kat die, " kalau Janggut tak bersuara, org tanak bg makan "... mula2 die mcm merunsing... tengok n tenung aku lama2. Giant adik die dah bising2 dah sebab lapo sgt... haha padan muke. suara emas lg...haha... then tak lama pastu die mengiaw pendek je pastu diam blik....hehe pastu bru aku bg die mkn... seronot aku dpt dgr sora die... tgk, bijakkan? huuuu

then lepas2 tu bile aku berdiri kat pintu je, Janggut akan dtg dp jauh n mengiaw kat aku... tegur la kununnn.... dh ramah la kununnn.. ceit. tp yg bestnya, ng org lain, mak ayah Idah ke K yong ke die tak tegur pun. haha. masih diam mcm dulu. ehehe... tu la betapa rapatnya aku ng dia. mcm mana aku tak rindu die mcm nk gile bila dh ilang ni????


~Allah, please protect him whenever he is right now... coz i miss him badly~


Monday, June 14, 2010

cuti2 Malaysi review: Melaka 1

Cuti Wesak lepas 28,29 dan 30 Mei 2010, aku satu family and family makco cuti-cuti Malaysia ke Melaka. Saja nak cuti ramai2, spend masa sama2 sebab dah beberapa tahun kami 2 family tak berjalan cuti mcm ni. huu, kami pergi 2 kereta, dulu ada van vannete tu buleh la berhimpit masuk cm ikan sardin satu van, tapi syioookkkk sgt ms tu wpun terpaksa berhimpit, tapi ayah dah jual Van tu, so terpaksa la berkonvoi 2 keta :)

~Bagaikan rodaa~~ huhuhu

Hangkot, dok 2 mlm cm nak dok sebulan.. :P

Aku n Kak Yong balik dp penang terus turun Ipoh, then ari Jumaat pagi tu kami naek keta kyong dgn ayah co, mak co n gee bertolak n berjumpa dgn mak and ayah di perhentian Ulu Bernam. lepas tu kami cabut ke K.L utk amek Idah di sana then teruskan perjalanan kami ke Melaka. Huehue, excited tul berjalan ramai2 ni wpon mcm2 kerenah. Sepupu aku Gee demam, sepanjang percutian ni dia demam, so tak dpt nk enjoy lansgsung, byk aktiviti pon tak dapat nk join.

Masa dekat perhentian Ulu Bernam tu Ayah Co terperasan cover penutup minyak keta kyong tercabut.. hahaha, melopong jela taktau cicir di mana. memula ingat nak abaikan tp disebabkan kerisauan ayah n kyong takut org masukkan pasir la curi minyak la, kami pun cuba la cari mekanik area K.L dekat ngan umah sewa Idah. Tapi disebabkan cover tu takde stok, kitorg terpaksa teruskan perjalanan...keta kyong dgn kaver minyak tercabot



Kami sampai di Melaka lebih kurang pukul 2.30 petang tapi masuk2 je ke exit Ayer Keroh, kat area Jalan Ayer Keroh menuju ke bandar Melaka jammed. memang mengikut Put (yang mmg duduk di kolej guru Melaka) Melaka memang jammed teruk. mengesot la jugak, dah la aku yang menggagau bagi arahan route tanpa sebarang peta atau GPS. aku ikut route yg diberi oleh google maps semata2... dekat 1 jam jugak kami tersangkut dlm jammed. dah la memg ramai org masuk Melaka, tup2 sebok pulak Majlis Bandaran Melaka nak sembur air siram pokok2 yang tertanam cantek sepanjang jalan kat situ. hampeh, cuba la wat waktu lain dah tau banyak keta masuk, jalan pulak kecik, wat la waktu laen... tension jee...

Kami sampai Apartmen pun dah lewat dlm pukul 3.30... csr Apartmen tu siap kol tanya aku di mana dan aku kate lambat sikit sebab jammed. terlepas dari jammed, aku terus ikut route yg aku amek dp internet n tangkap gambarnye masuk hp. daripada situ berjaya jugak kami masuk ke Jalan Merdeka. dah sampai kat situ, aku da nampak signboard Garden City Service Apartment.. tapi apartmen die buruk ya amat. cat dah lekang, style apartment lame tak berjaga ni, mcm apartment tinggal pon ada. aku dah tak sedap ati. yela, aku ingat bawak diorang ramai2 nak la bagi dok tempat selesa sket.. ni aku tgk bangunannya pon tak selera... muka aku dah pucat. mak pun dah laen mcm je bila aku tunjuk aparment buruk n usang tu...

kami terlepas jalan dan sebab aku takut nak mengaku tu apartmentnya, aku pon suruh Idah yg driving p terus n lajak sikit... ahahhaha... then aku kol la receptionist, dia kata, betul la apartment yg tu, receptionist pejabatnya kat tepi yg pintu kaca tu. lagi la aku pucat, "ape bughuk benor...kesian kat depa" bisik hati aku. sebab pasal accomodation, aku yg handle, aku dah survey kat internet, Apartment ni tersenarai dlm ranking no 2 kat www.tripadvisor.com. Ramai tourist kate Apartment ni selesa la, sesuai utk family la, memang suggestion yg aku bace +ve belaka. then aku dah siap2 bank in kan deposit rm100. kalau aku nk ubah fikiran n tukar tempat, memang burn n membazir la rm100 aku tu :(

Untuk menyedapkan hati, kitorg pusing balik masuk Jalan Merdeka. masalahnye Melaka ni memang la semuanya jalan sehala kat bandar dia ni, so, kalau pusing tu bukannya 1 atau 2 km pusing. pusing la satu pekan melaka all over again. dah la jalan kecik, jammed lagi, no choice kena la ikut arus traffic tu :( Lastly bila kami pusing balik, aku tgk ada lagi 3 bangunan yg cantek, dicat baru n berjenis skit kat belah belakang tu.... baru la aku girang semula... aku siap kata kat mak, "yang ni kut mak, conform yg ni apartment kita"... hahahha mak pun siap cakap "tu mak ingat tadi, ape kak ngah nak bagi kami tido apartment buruk ni" hehehhe... rupa2nya mak pon risau.... aku pon masuk n daftar check in kat kaunter receptionist.

happy gila aku tgk aparment cantek. patot pon dlm maps pon kate ade 2 building. maybe satu utk permenant residents. satu utk tourist... lega gilaaa.... aku book satu unit apartment 2 bilik. rate utk kerajaan rm260.00 shj. kalau nk tgk full rate bleh tgk website dia www.gardencity.com.my ...

okey lah korang bleh tgk gamba die sendiri n nilai besarnya unit apartmen ni dgn harga yg berbaloi2.... kami 2 family mmg selesa.. tapi kena la bawak narita n toto extra... aku nk book unit 3 bilik mmg da fully booked waktu tu. bayangkanlah, 2 minggu sebelum tarikh aku kol, banyak apartment n hotel dah fully booked waktu tu... Melaka memang ramai org datang.


Ruang tamu yang luas, kami bentang toto n narita tido bergelimpangan kat sini


Dapur complete dgn basic utensils, peti ais, cawan, heater, sudu dll

Main room, 1 queen size bed, kat sini pon leh bentang tilam utk 2-3 org tido kt bwh

bilik ke dua, 2 single bed


Parking n security memang not a problem kat sini.. parking lot mmg banyak, n setiap registration dpt satu swap card, so bleh share2 kalo bwk lebih dp satu kereta. security pon tip top sebab utk guna lif, kena scan swap card tu dulu...so strangers takkan dpt naek

pool view dp apartment kami... suke sgt sebab dpt skodeng org mandi...sambil menahan2 gian nk terjun kolam :)